Showing posts with label KSSR. Show all posts
Showing posts with label KSSR. Show all posts

Tuesday, 25 June 2019

BUKU PANDUAN PENGAJARAN REKA BENTUK &TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 *Muat Turun*

CARA MENGGUNAKAN BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)

Proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi enam modul mengikut Standard
Kandungan yang mengandungi lapan sub topik berdasarkan Standard Pembelajaran.
Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubah suai serta
menambah baik aktiviti yang dicadangkan. Berikut ialah kandungan yang terdapat di
dalam buku panduan pengajaran:





Standard Kandungan
Mewakili tajuk yang merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Mewakili sub tajuk yang diajar untuk diukur dan boleh dicapai oleh murid
Maklumat dan Rujukan
Tambahan
Mengandungi maklumat yang berkaitan tajuk
Panduan Kerja
Langkah kerja yang perlu dilakukan oleh guru untuk pengajaran
Lembaran Kerja
Untuk menguji sejauh mana murid dapat
menguasai standard pembelajaran




KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN BUKU PANDUAN PENGAJARAN REKA BENTUK & TEKNOLOGI (KSSR SEMAKAN 2017) TAHUN 4 


MUAT TURUN:

DSKP REKA BENTUK & TEKNOLOGI (KSSR SEMAKAN 2017) TAHUN 4 *muat turun*

KSSR RBT digubal dalam bentuk penyataan SK, SP dan SPi yang
perlu dicapai oleh murid. Dalam lajur catatan terdapat cadangan
aktiviti dan nota sebagai panduan. Guru boleh melaksanakan aktiviti
tambahan selain daripada yang dicadangkan mengikut kreativiti
dan keperluan untuk mencapai SP. KSSR RBT digubal sebagaimana
dalam Jadual 7 sebagai rujukan semasa PdP.

KSSR RBT diorganisasikan merangkumi tiga aspek pembelajaran
iaitu kognitif, psikomotor dan efektif. Tajuk dalam kandungan disusun
mengikut aras kognitif murid iaitu daripada mudah kepada yang
sukar. Bagi aspek psikomotor, murid melaksanakan aktiviti amali
denganmenghasilkan projek mengikut prosedur kerja yang betul dan
beretika. Manakala bagi aspek efektif, murid didedahkan kepada
nilai-nilai murni sepanjang melaksanakan aktiviti PdP.
KSSR RBT ini mengandungi 6 modul yang perlu dilaksanakan iaitu:

1. Keselamatan Bengkel
Memberi penekanan berkaitan kepentingan keselamatan dan
kebersihan di dalam bengkel. Simbol dan tanda keselamatan
serta kategori alat pemadam api turut diterangkan supaya murid
tahu dan bersedia menggunakan sekiranya perlu. Murid juga turut
diterangkan berkaitan rawatan awal sekiranya berlaku
kecederaan ringan.

2. Pengenalan Kepada Reka Bentuk
Menerangkan tentang kepentingan reka bentuk produk, elemen
dan jenis garisan dalam reka bentuk. Murid akan menghasilkan
lakaran reka bentuk produk bertema berdasarkan gabungan
bentuk asas mengikut lakaran awal yang dihasilkan. Murid menilai
dan bersedia membuat penambahbaikan dalam menghasilkan
sesuatu produk serta sebagai pendedahan awal kepada murid
tentang dunia reka bentuk.

3. Pengenalan Kepada Teknologi
Pendedahan awal tentang kepentingan teknologi dalam
kehidupan manusia. Selain itu, mengenal pasti langkah-langkah
dalam mereka bentuk sesuatu produk seperti membuat lakaran
bermaklumat, menilai lakaran dan membuat penambahbaikan
menggunakan teknologi pilihan.

4. Reka Bentuk Pembungkusan
Membuat reka bentuk pembungkusan bagi sesuatu produk dan
mengenal pasti ciri pembungkusan yang baik mengikut kategori
produk yang akan dihasilkan. Pembentangan produk yang
dihasilkan boleh dibuat sama ada secara manual atau
menggunakan pelbagai media.

5. Reka Bentuk Makanan
Memberi pendedahan berkaitan reka bentuk pada makanan.
Murid akan membuat lakaran bermaklumat, menilai lakaran dan
membuat penambahbaikan sebelum menghasilkan reka bentuk
pada jenis makanan yang dipilih.

6. Reka Bentuk Pengaturcaraan
Menerangkan tentang asas pengaturcaraan dan kegunaan atur
cara dalam perkakasan harian. Murid akan dikenalkan kepada
algoritma, pseudokod dan carta alir struktur kawalan jujukan. Bagi
pembangunan kod arahan, fitur-fitur pada antara muka perisian
pengaturcaraan akan diterangkan dalam menghasilkan sebuah
atur cara baharu.


Peruntukan Masa
Jumlah keseluruhan yang diperuntukan ialah minimun 32 jam
setahun. Peruntukan jam ini termasuk juga masa untuk menjalankan
kerja-kerja tugasan seperti dalam Jadual 8.

Jadual 8: Peruntukan masa bagi modul KSSR RBT Tahun 4

BIL /MODUL /JAM
1. Keselamatan Bengkel. 3 JAM
2. Pengenalan Kepada Reka Bentuk 7 JAM
3. Pengenalan Kepada Teknologi 4 JAM
4. Reka Bentuk Pembungkusan 5 JAM
5. Reka Bentuk Makanan 5 JAM
6. Reka Bentuk Pengaturcaraan 8 JAM

JUMLAH JAM SETAHUN 32 JAM











KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN DSKP REKA BENTUK & TEKNOLOGI (KSSR SEMAKAN 2017) TAHUN 4 

MUAT TURUN :
https://drive.google.com/open?id=1vsI6U-g9gOZCDh6TaqtvciCP7pTx-Ocw





Monday, 12 October 2015

Thursday, 1 January 2015

RPT - RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2015

RPT atau Rancangan Pengajaran Tahunan merupakan satu perkara wajib untuk guru sebagai rujukan membuat Rancangan Pengajaran Harian RPH. Oleh sebab itu, ianya salah satu komponen wajib yang mesti guru-guru miliki mengikut subjek yang diajar.

Disini kami kongsikan RPT subjek RBT Tahun 4 dan Tahun 5. Semoga bermanfaat.


JOHOR/KELANTAN/KEDAH/TERENGGANU

RPT REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 5 2015 - muat turun disini!



NEGERI SELAIN JOHOR/KELANTAN/KEDAH/TERENGGANU

RPT REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 5 2015 - muat turun disini!

Monday, 25 August 2014

TAHUN 4 : ARTIKEL JAHITAN

MEMINDAHKAN TANDA POLA

A.  MENYUSUN ATUR POLA
1.    Letakkan pola di atas fabrik.
2.  Susun pola mengikut tanda pola.
3.  Semat, dengan jarum peniti. 



 B.  MENGGUNTING FABRIK
1.    Gunakan gunting fabrik yang tajam.
2.   Letakkan sebelah tangan di atas fabrik.
3.   Gunting fabrik dengan gerakan guntingan yang panjang dan sekata.
4.   Fabrik tidak boleh diangkat semasa menggunting.
5.   Hasil guntingan mestilah kemas dan tidak berambu-rambu. 



C.  MEMINDAHKAN TANDA POLA.
  1.   Pindahkan tanda pola (garisan pemadan) ke atas fabrik menggunakan roda surih dan kertas karbon tukang jahit.
  2. Pastikan tanda pola pada bahagian sebelah dalam (s.d). Cabut jarum peniti dan tanggalkan pola.



D.  MENJAHIT ARTIKEL JAHITAN MENGGUNAKAN JAHITAN  KIA DAN JELUJUR HALUS

1.    Mulakan dan matikan artikel jahitan dengan jahitan kia dan seterusnya jelujur halus mengikut tanda pola yang telah dipindahkan pada artikel jahitan.
2.  Tinggal sedikit baki kosong untuk diletakkan span.




  E.  TERBALIKKAN ARTIKEL JAHITAN




F.MASUK DAN PENUHKAN SPAN DALAM ARTIKEL JAHITAN




G.   BAHAGIAN YANG TERBUKA DIMATIKAN DENGAN JAHITAN KIA DAN JELUJUR HALUS.

Matikan dengan jahitan jelujur halus dan jahitan kia





H.  HIASKAN ARTIKEL JAHITAN MENGIKUT KREATIVITI.


MUAT TURUN









KERJA KURSUS JAHITAN BANTAL MINI KSSR RBT TAHUN 4

POLA JAHITAN BANTAL MINI BULATAN & SEGI EMPAT




MUAT TURUN:
 POLA JAHITAN BANTAL MINI  BULATAN & SEGI EMPAT ( 4SHARED)

RACANGAN PENGAJARAN TAHUNAN RBT 2020 *BAHARU* (Muat Turun)

RPT 2020 : Rancangan Pengajaran Tahunan Sekolah Rendah|PANDUAN buat pelajar Sekolah Rendah yang ingin ketahui Rancangan Pengajaran Tahunan (...