Sunday, 21 September 2014

5.1.2 Alatan Jahitan

Unit 5 Sains Rumah Tangga

Mengenal Pasti Alatan Jahitan

1.          Alatan tangan perlu digunakan mengikut fungsinya.
2.          Kesilapan  menggunakan alatan tangan semasa menjahit fabrik boleh menyebabkan:
a. Hasil artikel tidak memuaskan
b. Kecederaan

3.          Berikut ialah alatan jahitan serta fungsinya:


Gunting Kertas
Memotong Kertas


Gunting Fabrik
Memotong Fabrik atau kain




Pita Ukur
Mengukur fabrik dan mengambil ukuran badan



Roda Surih
Memindahkan pola pada fabrik


Kertas Karbon
Memindahkan tanda pola menggunakan roda surih





Kapur 
Membuat tanda pada fabrik






Perentas Jahitan
Menetas dan menanggalkan jahitan






Jarum Peniti
Menyemat pola pada fabrik


Jarum Tangan
Menjahit fabrik










Sunday, 7 September 2014

NOTA : ARTIKEL JAHITAN KSSR TAHUN 4


PENGENALAN
1.   Artikel jahitan bermaksud sesuatu yang dihasilkan daripada kain ataupun fabrik melalui proses jahitan sama ada jahitan tangan atau mesin.
2. Dihasilkan dari bahan utamanya iaitu fabrik atau kain.
3. Contoh fabrik yang boleh jadikan artikel jahitan ialah:
a.  Kain langsir
b.  Perca kain
c.  Cadar
d.  Sarung kusyen

e.  Alas meja

ARTIKEL JAHITAN DAN KEGUNAANNYA
1.  Setiap artikel jahitan boleh digunakan untuk diri sendiri atau dijual.
2.   Dapat menjimatkan kos perbelanjaan.
3.   Contoh artikel jahitan
a.  Beg pensil
b.  Sarung kusyen
c.  Kusyen mini
d.  Penggantung surat
e.  Uncang mini
f.  Apron
g.  Pemegang periuk
h.  Bekas tisu

RACANGAN PENGAJARAN TAHUNAN RBT 2020 *BAHARU* (Muat Turun)

RPT 2020 : Rancangan Pengajaran Tahunan Sekolah Rendah|PANDUAN buat pelajar Sekolah Rendah yang ingin ketahui Rancangan Pengajaran Tahunan (...