Monday 25 August 2014

TAHUN 4 : ARTIKEL JAHITAN

MEMINDAHKAN TANDA POLA

A.  MENYUSUN ATUR POLA
1.    Letakkan pola di atas fabrik.
2.  Susun pola mengikut tanda pola.
3.  Semat, dengan jarum peniti. 



 B.  MENGGUNTING FABRIK
1.    Gunakan gunting fabrik yang tajam.
2.   Letakkan sebelah tangan di atas fabrik.
3.   Gunting fabrik dengan gerakan guntingan yang panjang dan sekata.
4.   Fabrik tidak boleh diangkat semasa menggunting.
5.   Hasil guntingan mestilah kemas dan tidak berambu-rambu. 



C.  MEMINDAHKAN TANDA POLA.
  1.   Pindahkan tanda pola (garisan pemadan) ke atas fabrik menggunakan roda surih dan kertas karbon tukang jahit.
  2. Pastikan tanda pola pada bahagian sebelah dalam (s.d). Cabut jarum peniti dan tanggalkan pola.



D.  MENJAHIT ARTIKEL JAHITAN MENGGUNAKAN JAHITAN  KIA DAN JELUJUR HALUS

1.    Mulakan dan matikan artikel jahitan dengan jahitan kia dan seterusnya jelujur halus mengikut tanda pola yang telah dipindahkan pada artikel jahitan.
2.  Tinggal sedikit baki kosong untuk diletakkan span.




  E.  TERBALIKKAN ARTIKEL JAHITAN




F.MASUK DAN PENUHKAN SPAN DALAM ARTIKEL JAHITAN




G.   BAHAGIAN YANG TERBUKA DIMATIKAN DENGAN JAHITAN KIA DAN JELUJUR HALUS.

Matikan dengan jahitan jelujur halus dan jahitan kia





H.  HIASKAN ARTIKEL JAHITAN MENGIKUT KREATIVITI.


MUAT TURUN









KERJA KURSUS JAHITAN BANTAL MINI KSSR RBT TAHUN 4

POLA JAHITAN BANTAL MINI BULATAN & SEGI EMPAT




MUAT TURUN:
 POLA JAHITAN BANTAL MINI  BULATAN & SEGI EMPAT ( 4SHARED)

Monday 18 August 2014

KANDUNGAN KSSR REKA BENTUK & TEKNOLOGI TAHUN 4

1.0 Organisasi dan Keselamatan Bengkel 
1.1 Mengenal Pasti Struktur Organisasi Bengkel.
1.1.1 Menyatakan struktur organisasi bengkel berpandukan carta.
1.1.2 Menyediakan jadual tugas berpandukan struktur organisasi
bengkel.
1.2 Mengenal Pasti Peraturan Dan Keselamatan Bengkel.
1.2.1 Menyatakan peraturan dan keselamatan am, diri, alatan
dan bahan berpandukan carta.
1.2.2 Mengamalkan peraturan dan keselamatan ketika berada di
dalam bengkel berpandukan peraturan keselamatan.

2.0 Asas Teknologi
2.1 Memasang Dan Membuka Kit Model Berfungsi.
2.1.1 Membaca dan memahami manual.
2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang
digunakan untuk memasang dan membuka kit model seperti
pemutar skru mata rata, pemutar skru Philip, playar muncung
tirus dan sepana hujung terbuka.
2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti
motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri.
2.1.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual.
2.1.5 Menguji kefungsian kit model.
2.1.6 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

3.0 Reka Bentuk
3.1 Mereka Bentuk Projek Eksperimental.
3.1.1 Menyatakan masalah berpandukan situasi yang diberi.
3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan penyataan masalah.
3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran bagi menyelesaikan
masalah.
3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek eksperimental.
3.1.5 Mengenal pasti jenis alatan dan bahan berdasarkan projek
eksperimental.
3.1.6 Membina, menguji dan menambah baik projek eksperimental.
3.1.7 Membuat persembahan projek eksperimental secara lisan.
3.1.8 Mengumpulkan catatan dan lakaran mengenai projek
eksperimental sebagai dokumentasi projek.

4.0 Penghasilan Projek
4.1 Menghasilkan Projek Berasaskan Bahan Bukan Logam Dengan Litar Elektrik. 43
4.1.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual.
4.1.2 Menyatakan bahan bukan logam yang akan digunakan seperti
kayu, papan lapis, medium-density fibreboard (MDF), plastik dan
mounting board.
4.1.3 Membuat anggaran kos bahan dan komponen.
4.1.4 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan
untuk membina projek iaitu pita pengukur, pembaris keluli,
sesiku L, pensel tukang kayu, gunting serba guna, gergaji puting,
gergaji rencong manual (manual mitre saw), apit G, gerudi mudah
alih, gerimit, tukul Warrington, tukul kuku kambing, pemotong sisi
dan pelucut wayar.
4.1.5 Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti paku,
skru, glu, bol dan nat.
4.1.6 Menyediakan alatan dan bahan.
4.1.7 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang
digunakan untuk membuat projek.
4.1.8 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan
pencantum.
4.1.9 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat
sembur atau pelekat.
4.1.10 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektrik iaitu
mentol, bateri dan suis.
4.1.11 Membuat penyambungan litar elektrik.
4.1.12 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan
manual.
4.1.13 Membuat penyambungan litar elektrik pada projek.
4.1.14 Menguji kefungsian projek.
4.1.15 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan

MODUL PENGAJARAN SAINS RUMAH TANGGA
6.0 Sains Rumah Tangga
6.1 Menghasilkan Artikel Jahitan.
6.1.1 Menyatakan artikel jahitan dan kegunaannya seperti beg
pensel, sarung kusyen, kusyen mini dan penggantung surat.
6.1.2 Mengenal pasti alatan jahitan iaitu gunting kertas, gunting fabrik,
pembaris lurus, pita ukur, roda surih, kertas karbon tukang jahit,
kapur tukang jahit, peretas jahitan, jarum peniti dan
jarum jahit tangan.
6.1.3 Menyatakan jenis bahan jahitan iaitu fabrik dan benang.
6.1.4 Mengenal pasti jenis mata jahitan tangan iaitu jahitan kia,
jelujur kasar dan jelujur halus.
6.1.5 Memilih artikel jahitan berpandukan manual.
6.1.6 Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan manual yang dipilih.
6.1.7 Menyusun atur pola, menggunting fabrik dan memindahkan
tanda pola.
6.1.8 Menjahit artikel jahitan dengan jahitan tangan.
6.1.9 Menyatakan jenis bahan hiasan seperti butang, renda
dan riben.
6.1.10 Memilih bahan hiasan mengikut artikel jahitan.
6.1.11 Menghias artikel jahitan menggunakan bahan hiasan
yang dipilih.


KATA-KATA ALUAN

Terima kasih kerana sudi melayari blog Reka Bentuk & Teknologi (RBT). Harapan saya ialah jadikanlah palayaran ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan & memberi manfaat kepada anda semua. Jika ada perkongsian maklumat atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di rbtkssr@gmail.com

Sekian.Terima Kasih
Amir Asyraf Bin Muhammad Sa'at
Guru Panitia Reka Bentuk & Teknologi SK Parit Latiff

RACANGAN PENGAJARAN TAHUNAN RBT 2020 *BAHARU* (Muat Turun)

RPT 2020 : Rancangan Pengajaran Tahunan Sekolah Rendah|PANDUAN buat pelajar Sekolah Rendah yang ingin ketahui Rancangan Pengajaran Tahunan (...